Monday, May 18, 2009

VAT 69 Hero yang tak dikenali

Sedikit cerita mengenai satu unit pasukan polis yang amat kurang di tonjolkan kepada masyarakat... malah ada di kalangan masyarakat langsung tak mengenali atau langsung tak pernah dengar nama unit ini... unit yang di maksudkan ialah Komando 69 atau VAT 69.

Salah satu cerita yang aku boleh postingkan di sini mengenai kehebatan VAT 69 ini.
TAHUN ini genap 40 tahun penubuhan pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69. Kisah perjuangan, suka duka, perit maung skuad kebanggaan nusa bangsa sering menjadi ingatan dan sama sekali tidak dilupakan. Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dibiarkan kerana satu ketika dulu nama VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 cukup ditakuti komunis.

Skuad itu digelar komunis sebagai ‘Lok Kow’ bermaksud 69 dan digeruni kerana kehebatan mereka menjejak pengganas dan bertempur di hutan. Hakikatnya, menjejaki komunis di hutan belantara memang sukar. Mereka juga mempunyai pasukan risikan, mendapatkan maklumat mengenai pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Menariknya, bagi pasukan VAT 69, mereka sentiasa diajar supaya berfikir bagaimana menjadi komunis, bagaimana bertindak melarikan diri dan mendapatkan maklumat kerana melalui pendekatan itulah lebih mudah mereka menjejak pengganas.
Melalui pendekatan itu, mereka mempunyai kelebihan dan lebih bijak mengatur gerak sekali gus menggerunkan pengganas kerana gerak langkah mereka adalah hampir sama. Sudah pasti kumpulan awal penubuhan VAT 69 dianggap pelopor kejayaan gemilang mereka. Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham

Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan. Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak, Perak pada 1975 dan sebagai tanda memperingati jasanya, sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding, Grik, Perak dinamakan sebagai Kem Zabri.


Menyingkap kisah tragis itu, seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran itu, Sallehuddin Omar, 58, menegaskan peristiwa itu seolah-olah berlaku semalam dan semangat perjuangan rakan sepasukan tidak pernah pudar hingga ke hari ini.
Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika Zabri yang digelar ‘bos’ oleh anak buahnya menghembuskan nafas terakhir. Semuanya menitiskan air mata kerana kehilangan pemimpin disayangi. Hingga kini, jika bercerita mengenai Zabri, pasti menitiskan air mata.

Detik perjuangan mereka bermula apabila tiga patrol diketuai Ismail Daud, ‘Mail Rantai’, Wan Tahar dan Sheikh Ismail, ditugaskan menggagalkan cubaan komunis meletupkan satu empangan di Perak. Selepas hampir tiga bulan berada di hutan, satu pasukan bantuan ditugaskan menghantar bekalan makanan. Malangnya, empat anggota yang menaiki bot diserang hendap dan dibunuh kejam dengan mayat mereka dikelar dengan pisau oleh komunis. Pasukan VAT 69 kemudian mengesan kedudukan khemah musuh berhampiran Grik pada 3 September 1975. Sebelum itu, mereka kehilangan jejak komunis dan ketika tiba di satu kawasan tanjung untuk mendapatkan bekalan air bersih, penjejak laluan ternampak musuh di kawasan sama.

Serentak itu, tiga patrol terdiri daripada 18 orang bergabung dalam barisan panjang, semua berpecah mengambil kedudukan bertempur hebat dengan komunis dianggarkan antara 30 hingga 40 orang. Pertempuran itu mengorbankan 18 orang dan dua anggota VAT 69 parah iaitu Aziz Idris dan ketua patrol, Sheikh Ismail. “Peluru bertaburan macam hujan, nak angkat kepala pun tak boleh, peluru lalu atas kepala. Kami menyerang guna bom tangan. Selepas 45 minit bertempur, terdengar jeritan ‘bawa ke sungai’ dan kami percaya komunis bawa lari rakan tercedera ke laluan sungai supaya jejak sukar dikesan,” katanya. Ketika bertempur, operator perhubungan, Ahmad Dahlal Hashim, mendapatkan bantuan Zabri yang ketika itu mengetuai pasukan lain di kawasan berdekatan. Disebabkan hujan lebat dan jaraknya jauh, pasukan Zabri tiba di kawasan pertempuran pada awal pagi keesokannya.

Selepas pertempuran selesai, VAT 69 menemui bekalan termasuk senjata dan makanan dan merampas rampas bom, pelancar roket, makanan dipercayai untuk projek khas meletupkan empangan. Sebaik tiba, Zabri mengarahkan pasukan menghala ke tempat pendaratan helikopter yang jaraknya kira-kira sehari perjalanan bagi mengeluarkan anggota tercedera mendapatkan rawatan. “Zabri arahkan kami jangan mengejar komunis kerana bimbang terkena perangkap samar dan minta tumpukan kepada misi membawa anggota keluar. Beliau sering mengingatkan jangan sesekali tersalah langkah terpijak jerangkap samar yang biasa dipasang di denai binatang. “Komunis gunakan jerangkap bom dipasang bateri, dibungkus plastik supaya tidak rosak dan tahan lama. Malangnya ketika dalam perjalanan, Zabri sendiri yang terkena. Beliau bersama penjejak Orang Asli, Bahuda berada di depan, manakala penjejak Apot, berada di belakang kerana kepenatan bertempur. “Ketika melintasi kawasan sungai, mungkin Zabri terlupa dan memang ajalnya sudah tiba, beliau terpijak akar kayu yang dipasang perangkap bom. Letupan kuat berlaku dan saya dengar Mail Rantai jerit ‘habislah...bos dah kena’ “Bos putus kaki kanan, tetapi masih sedarkan diri, darah banyak mengalir.

Walaupun kesakitan, beliau tetap semangat, masih fikirkan pasal berjuang, naikkan semangat anak buah supaya tidak mudah menyerah,” katanya. Mereka membuat keputusan melalui laluan lain kerana percaya komunis akan menunggu di mana-mana tempat dan akan menyerang ketika dalam perjalanan. Zabri dibawa keluar menggunakan pengusung dan pakar perubatan pasukan, Abdul Rahman Sabden, merawatnya sepanjang perjalanan. “Bos menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke tempat helikopter. Ketika itu, semua anggota kaku, menangis, tak tertahan melihat ketua yang dedikasi, bersemangat meninggalkan kami. Hingga sekarang kami akan kenang kejadian itu,” katanya.

Ketika tiba di tempat pendaratan helikopter, mereka mendapat bantuan daripada Rejimen Komando Gerak Khas (RGK) dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat serangan udara di tempat disyaki. Anggota keselamatan yang berada dalam hutan dikumpul di tempat selamat dan serangan udara berlaku dua jam tanpa henti. Pasukan RGK kemudian meneruskan operasi darat bagi menghapuskan saki baki komunis di kawasan berkenaan.

Friday, May 15, 2009

KEHADIRAN ANDA TIDAK DIUNDANG, RAGU-RAGU SILA PULANG.


Aku mendapat komen daripada seorang anggota komando berkaitan dengan tuduhan berlaku penderaan dalam latihan mereka. Beliau emelkan cerita di bawah untuk renungan kita bersama. Sebagai orang awam, aku rasa emel ini penting untuk aku publishkan agar kita memahami senario sebenar yang berlaku dalam latihan komando. Mungkin dengan cara ini kita akan lebih faham mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. aku siarkan dalam blog ini untuk bacaan semua, aku tak pasti la korang dah baca ke belum pasal cerita ni...

Terima kasih buat pengirimnya.
1)Setelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Ha! teruk tak teruk?? Larian marathon peringkat antarabangsa pun sejauh 42km je.. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat.

2) Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu). Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya brpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja sperti ikan belacak, ular, kera dan sbagainya.

3) Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu.

4) Akhir sekali, tibalah masa utk mereka mempraktikkan apa yg mereka pelajari di keempat-empat peringkat sbelumnya.

5) Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion. Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km…. Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yg brtindak sebagai pasukan musuh utk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka perlulah mengelak dari ditangkap. Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video trsebut. Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh brtahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… …………… Begitulah latihannya…. PASKAU dan PASKAL juga lebih kurang sama kursusnya macam tu punya perittt tak terperiiii…&*%#!@%

6) So renungkan perkataan ini….

DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG.

Ayat itulah yg trpampang di hadapan Kem Sg. Udang yg menyambut setiap warga Tentera Darat yg ingin cuba mendapatkan Beret Hijau ! …..

REJIMEN GERAK KHAS (RGK) TETAP MARA !!!
AHMAD ZAFIR (RGK)

Wednesday, May 13, 2009

Ikan pelik/Devil fish

menurut sumber: Ikan yang menyerupai tah ape tah aku sendiri pun tak tau nak kata rupe dia macam ape di katakan di jumpai oleh nelayan di sebuah pantai di india tempat berlakunya tsunami. ikan ini di jumpai tersangkut dalam jaring nelayan tersebut. mereka mengelarkan ikan ini devil fish.

ulasan aku: seriau nak gi mancing macam ni, harap-harap perairan malaysia tak de la ikan pelik-pelik macam ni. mau pengsan 3 hari 3 malam kalau aku dapat ikan buruk macam ni.




Friday, May 8, 2009

Mari memancing

bila kesemua barang-barang ni karang dah ada, baru la boleh pi mancing, zaman sekarang dah tak pakai umpan hidup lagi dah... sekarang semua pakai umpan besi dan plastik..
tapi semua barang-barang ni berharga dekat-dekat RM 10,000.00 Ooo... boleh rabak poket.

Thursday, May 7, 2009

Nurul Syuhada ke tuu....

suweettt....
muke tak makeup

korang nampak tak ape yang aku nampak.....?