Friday, May 15, 2009

KEHADIRAN ANDA TIDAK DIUNDANG, RAGU-RAGU SILA PULANG.


Aku mendapat komen daripada seorang anggota komando berkaitan dengan tuduhan berlaku penderaan dalam latihan mereka. Beliau emelkan cerita di bawah untuk renungan kita bersama. Sebagai orang awam, aku rasa emel ini penting untuk aku publishkan agar kita memahami senario sebenar yang berlaku dalam latihan komando. Mungkin dengan cara ini kita akan lebih faham mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. aku siarkan dalam blog ini untuk bacaan semua, aku tak pasti la korang dah baca ke belum pasal cerita ni...

Terima kasih buat pengirimnya.
1)Setelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Ha! teruk tak teruk?? Larian marathon peringkat antarabangsa pun sejauh 42km je.. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat.

2) Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu). Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya brpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja sperti ikan belacak, ular, kera dan sbagainya.

3) Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu.

4) Akhir sekali, tibalah masa utk mereka mempraktikkan apa yg mereka pelajari di keempat-empat peringkat sbelumnya.

5) Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion. Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km…. Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yg brtindak sebagai pasukan musuh utk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka perlulah mengelak dari ditangkap. Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video trsebut. Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh brtahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… …………… Begitulah latihannya…. PASKAU dan PASKAL juga lebih kurang sama kursusnya macam tu punya perittt tak terperiiii…&*%#!@%

6) So renungkan perkataan ini….

DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG.

Ayat itulah yg trpampang di hadapan Kem Sg. Udang yg menyambut setiap warga Tentera Darat yg ingin cuba mendapatkan Beret Hijau ! …..

REJIMEN GERAK KHAS (RGK) TETAP MARA !!!
AHMAD ZAFIR (RGK)

7 comments:

  1. hmm..btoll la tue..
    latihan memang super mencabar n mmg memerlukan mental yg kuat utk di brain wash..
    zaman gua askar dulu pon dah xlarat beb..kalo join komando mmg respect beb!

    ReplyDelete
  2. Kalau lembik jangan mimpi nak jadi komando. Jadi admin urus hal gaji sudah la kat pejabat. Takkan kita nak pasukan khas kita baru kena jentik sikit dah menyanyi semua rahsia yg dia tahu? Kedatanganmu tidak diundang....kau yg terhegeh hegeh datang. Kalau ragu..sila pulang.

    ReplyDelete
  3. Nak jadi komando dulu tapi ibu tidak mengizinkan.

    ReplyDelete
  4. Itu latihan ....
    Dah buat report lah .. surat layang laa .. email laaa ......
    Itu latihan ....
    Kalau musoh yg dapat tangkap/Tawanan Perang ..
    Apa ingat Musoh tu akan .. Gosok2 .. Manja2 untuk dapat kan Maklumat ..
    Kalau nak manja2 ... tak payah jadi Anggota tentera ..
    Habis kan duit Rakyat jer ...

    ReplyDelete
  5. Batalion workshop gerup gerakhas Kem sungai undang melaka pulak tpr Roslian syaripuddin Negeri sembilan darul esan

    ReplyDelete